Monday, February 14, 2011

Zapin Aidilfitri, performed by Budaya Sari Vogue Dancers

Salam buat semua blogger...
Pada sambutan Aidilfitri SK Yong Peng tahun 2010, Kumpulan Budaya Sari (lelaki) telah membuat persembahan tarian zapin. Persembahan mereka mendapat sambutan hangat dan sorakan padu daripada seluruh warga SK Yong Peng.
Persembahan Budaya Sari diserikan lagi dengan kemunculan guru pembimbing kelab, En.Amiruddin Faizal yang turut sama-sama menari bersama mereka. Semoga Budaya Sari terus unggul menapak di bumi SK Yong Peng..



p/s : Video akan di "upload" sedikit masa lagi....
(kesulitan amat dikesali)

Friday, December 24, 2010

Kumpulan Budaya Sari..Naib Johan Pertandingan Zapin Peringkat Daerah Batu Pahat 2010


Salam to all blogger...

hampir setahun menyepi...hari ini aku kembali..

Sekadar perkongsian buat semua blogger, SK Yong Peng telah dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Zapin Peringkat Daerah Batu Pahat, Johor 2010...


Tahniah buat anak2 Budaya Sari Aiman, Afiq, Amyzan, Syahmi, Iqwan, Asyraf, Husna, Hanani, Wani, Shakira, Ain dan Balqis...Juga tahniah buat Jurulatih2, Kak Yati dan Kak Ieda serta guru2 SK Yong Peng..Pn. Rohimah, Pn. Juliah, Pn. Norsiah dan Pn. Rahmah...

Semoga Budaya Sari mencapai pencapaian yang lebih baik pada tahun hadapan...Amin
Kumpulan : Budaya Sari
Penasihat : En. Amiruddin Faizal B. Basar
Sekolah : SK Yong Peng

Tuesday, May 11, 2010

~Meniti Hari Bersejarah~

Assalamualaikum...
4 hari lagi akan tibanya hari yang ditunggu-tunggu oleh semua warga pendidik...Perayaan Hari Guru~ Guru Pembina Negara Bangsa~....Tahun ni, tahun pertama aku sambut hari guru sebagai seorang guru sebenar...Alhamdulillah, aku dah jumpa profesyen aku...keguruan...itulah nama profesyen aku..semoga aku dapat berbakti kepada anak bangsa, agama dan negara...Selamat Hari Guru buat semua pendidik di Malaysia. Salam 1 Malaysia...

Aku dedikasikan sajak "Segenggam Tabah" ni buat semua warga pendidik. ikhlas, nukilan dari hati...


SEGENGGAM TABAH

Oleh : Amiruddin Faizal B. Basar

Lewat mega senja

Camar berbisik berlagu rindu

Semilir bayu menyirna segunung sendu

Menongkah arus bergelora

Mengerah kudrat berempat

Menabur jasa tak kenal penat

Menjunjung amanat tak pernah dipersia.

Setiap kata adalah janji

Setiap tindak terpatri misi

Tatkala detik berganti

Kau tetap menyerlah

Langkahmu gagah bakti kau curah

Pantang berundur kesal tak pernah

Dikau pembina negara bangsa

Membangun jiwa pelbagai rupa.


Guru

Kau pembina negara bangsa

Bagai nian menyinar semesta

Bagai munajat menyirna dusta

Ilmu diserah kasih dicurah

Negaranya megah bangsanya gagah

Guru Pembina Negara Bangsa

Mengerat bangsa membina negara

Tiada jemu menabur jasa

Diammu berumbi hasrat

Langkahmu bersendi kudrat

Menyebar ilmu membangun sejagat

Karya :

Amiruddin Faizal B. Basar

860802-23-5005

SK Yong Peng, Batu Pahat

Johor.


Monday, April 19, 2010

SK YONG PENG JOHAN RAGBI RIMAU MSSD BATU PAHAT

Salam buat semua blogger...
Sibuk..memang sibuk...tapi sempat gak tulis kat blog ni...
Semalam, 19/4/2010 telah menjadi sejarah buat SK Yong Peng sebab telah dinobatkan sebagai JOHAN PERMAINAN RAGBI RIMAU MSSD BATU PAHAT 2010. Tahniah buat semua pemain SK Yong Peng yang berjaya mengharumkan nama sekolah tercinta. Tak lupa buat jurulatih dan guru pengiring, Cikgu Rahmat Sudar dan Cikgu Abd. Halim...TAHNIAH!!
SK YONG PENG TERUS MAJU!!!
"LOOKAILOO"
Wassalam.

Saturday, March 27, 2010

^^Dunia Baru...Dunia Pendidik^^

Salam buat semua blogger...
hampir 5 bulan menyepi, kini transformasi mula beraksi...

Skrg aku dah posting kat SK Yong Peng...15 minit je dr rumah...
cikgu best, murid pon best...overall, aku memang best ngajar kat sekolah ni

orait, off dl...gtg.

p/s - wish me best of luck. Wassalam =)

Friday, October 2, 2009

Obsevation dah Tamat...

Salam...buat semua blogger.
lama dah aku x tulis blog...maklumlah, sibuk practikum...
pejam celi, pejam celik...practikum aku tggal seminggu je lg...huhu
byk kenangan manis n pahit kat sekolah...ade murid bagi jajan (makanan ringan) la, bagi kueh raya la..macam2. tu la kenangan paktikum namanya...hehhe.
So, mggu depan is the final week 4 my practicum. seronok ade, sedih pon ade...sronok sebab dh abes practikum, sedih sebab nak stat kuliah balik...hahhaha....mestila sedih sbb tinggalkan murid...hehhe.aku kan guru mithali..hehhe. anyway, practikum kali ni memang yg paling pnjang n yg paling best...Observation lecture n guru pembimbing dah abes (Alhamdulillah dapat HD)..so nak fokus mengajar je last week ni...wish me best of luck!
Wassalam....

Sunday, August 16, 2009

Internship...Oh Internship ;o)




SALAM buat semua blogger...
Hampir sebulan gak tranformasi x beraksi....maklumlah, sibuk dengan komitmen hakiki-INTERNSHIP a.k.a. praktikum.... skrg dah masuk bulan ke-2, minggu ke-6. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. So far, xde kejadian2 yng x diingini....
Aku happy kat sekolah tu coz cikgu dia OK...yg paling best budak KPLI la. kepala pening mcm dak DEAKIN gak, so layan la....meja kitorang x pernah lekang daripada makanan. semua suka mendonate makanan terutamanyer..AKU.hahha...best2, sambil buat keja sambil makan...kat sekolah aku unit BSMM, permainan Bola Baling, persatuan Muzik, Seni & Kebudayaan.hehhe. penat gak sebenarnyer...tapi xpe, coz bilik guru air-cond!! hehhe
Erm...Sampai sini dulu...
lom ade gambar nak upload.nanti klu dah ada, aku upload...
jumpa lagi!!
Wassalam ;o)

p/s - Doakan aku dpt wat yg terbaik utk Internship ni...Amin