4 hari lagi akan tibanya hari yang ditunggu-tunggu oleh semua warga pendidik...Perayaan Hari Guru~ Guru Pembina Negara Bangsa~....Tahun ni, tahun pertama aku sambut hari guru sebagai seorang guru sebenar...Alhamdulillah, aku dah jumpa profesyen aku...keguruan...itulah nama profesyen aku..semoga aku dapat berbakti kepada anak bangsa, agama dan negara...Selamat Hari Guru buat semua pendidik di Malaysia. Salam 1 Malaysia...
Aku dedikasikan sajak "Segenggam Tabah" ni buat semua warga pendidik. ikhlas, nukilan dari hati...
SEGENGGAM TABAH
Oleh : Amiruddin Faizal B. Basar
Lewat mega senja
Camar berbisik berlagu rindu
Semilir bayu menyirna segunung sendu
Menongkah arus bergelora
Mengerah kudrat berempat
Menabur jasa tak kenal penat
Menjunjung amanat tak pernah dipersia.
Setiap kata adalah janji
Setiap tindak terpatri misi
Tatkala detik berganti
Kau tetap menyerlah
Langkahmu gagah bakti kau curah
Pantang berundur kesal tak pernah
Dikau pembina negara bangsa
Membangun jiwa pelbagai rupa.
Guru
Kau pembina negara bangsa
Bagai nian menyinar semesta
Bagai munajat menyirna dusta
Ilmu diserah kasih dicurah
Negaranya megah bangsanya gagah
Guru Pembina Negara Bangsa
Mengerat bangsa membina negara
Tiada jemu menabur jasa
Diammu berumbi hasrat
Langkahmu bersendi kudrat
Menyebar ilmu membangun sejagat
Karya :
Amiruddin Faizal B. Basar
860802-23-5005
SK Yong Peng, Batu Pahat
Johor.
No comments:
Post a Comment