Thursday, May 14, 2009

bermulanya perjalanan hidup seorang wira

tanggal 2 Ogos 1986, keheningan dinihari beralih gempita dek kelahiran putera ke-7 pasangan haji basar dan hjh jumaseh.kelahiran putera disambut penuh keriangan berlaung azan dan iqamah dikiri kanan.
penantian 9 bulan berakhir dengan kelahiran Amiruddin Faizal - penyeri keluarga.
6 tahun melangka sudah dan kini aku mula mengenal dunia. 5 tahun menimba ilmu di S.K.Seri Bengkal banyak membentuk jati diriku sebagai murid beretika.kegirangan terpancar diwajah keluarga tatkala ku menggenggam 5A dalam UPSR.berpisah dengan keluarga bukanlah sesuatu yang pernah ku bayangkan.5 tahun di MRSM Muadzam Shah, Pahang...mendidik ku menjadi insan cemerlang berhati waja.PMR dan SPM ku tempuhi dan kini aku di Kolej Matrikulasi Melaka. 2 bulan sudah cukup membuatku mengenali dunia bebas sebelum ku mengorak langkah ke profesyeku- Profesyen Keguruan. IPGM Kampus Teknik, IPGM Kampus Pulau Pinang menerimaku dengan gembira.
4 tahun berlalu meninggalkan kenangan pahit dan manis,kini aku di tahun akhir pengajianku. dengan berkat restu,doa ayah ibu serta keluarga,akan ku gagahi amanatku menjadi pendidik pertiwi...
InsyaAllah...Amin

No comments:

Post a Comment