Sunday, July 8, 2012

4 days to go...


Salam buat semua blogger...

Diam tak diam, cuti semester 1 2012 dah nak bermula. mesti ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga dan insan tersayang.
mungkin juga ada yang merancang untuk menamatkan zaman bujang mereka dengan melangsungkan pernikahan...
Alhamdulillah....diucapkan tahniah dan selamat berbahagia buat pasangan2 bertuah tersebut.
Aku? hehhhe...
Aku juga telah menjadi sebahagian daripada mereka....Khairul Munirah Bt. Abdul Khalid, begitu nama diberi sebagai insan peneman diri...di dunia dan Insya'Allah hingga ke Syurgawi..
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan syukur yang tak terhingga kapada Allah S.W.T. yang mengizinkan aku merasa nikmat hidup berumah tangga...Semoga ikatan suci yang telah dibina akan berkekalan selamanya dan sentiasa mendapat Rahmat dari pada-Nya..Insya'Allah kalau diizinkan Allah juga, aku berharap agar aku & isteri diberi kesempatan untuk menjadi ibu & ayah..x sabar rasanya nak mendukung anak sendiri. Mudah-mudahan akan diperkenankan oleh Allah, Insya'Allah..=)


..................... bin / binti Amiruddin Faizal
(SubhanAllah, indahnya saat itu nanti...=p)

Senam Robik 1M 1S VS EPT

Salam to all blogger...=)

Lama jugak aku x update blog aku...dah dekat setahun jugak. maklumlah sibuk katakan..lebih2 lagi sekarang dah bergelar suami orang. Tanggungjawab semakin bertambah. So kena lebih pandai manage masa dan kerja.. esok aku diberi mandat oleh GB untuk conduct senam robik untuk 1M 1S...erm, latihan x cukup, x tau la apa nak jadi esok...dengar citer bapak angtkat nak datang memantau pulak...lagi haru..harap2 semua akan berjalan lancar. esok jugak ada test untuk semua cikgu Bahasa Inggeris...apa la aku nak jawab esok, dah la bukan opsyen, ganti cikgu pindah lak tu. bidan terjun katakan...Anyway I'll try my best...to all blogger, wish me best of luck...=)


till then, TQ.
Amir_Oden

Monday, February 14, 2011

Zapin Aidilfitri, performed by Budaya Sari Vogue Dancers

Salam buat semua blogger...
Pada sambutan Aidilfitri SK Yong Peng tahun 2010, Kumpulan Budaya Sari (lelaki) telah membuat persembahan tarian zapin. Persembahan mereka mendapat sambutan hangat dan sorakan padu daripada seluruh warga SK Yong Peng.
Persembahan Budaya Sari diserikan lagi dengan kemunculan guru pembimbing kelab, En.Amiruddin Faizal yang turut sama-sama menari bersama mereka. Semoga Budaya Sari terus unggul menapak di bumi SK Yong Peng..



p/s : Video akan di "upload" sedikit masa lagi....
(kesulitan amat dikesali)

Tuesday, May 11, 2010

~Meniti Hari Bersejarah~

Assalamualaikum...
4 hari lagi akan tibanya hari yang ditunggu-tunggu oleh semua warga pendidik...Perayaan Hari Guru~ Guru Pembina Negara Bangsa~....Tahun ni, tahun pertama aku sambut hari guru sebagai seorang guru sebenar...Alhamdulillah, aku dah jumpa profesyen aku...keguruan...itulah nama profesyen aku..semoga aku dapat berbakti kepada anak bangsa, agama dan negara...Selamat Hari Guru buat semua pendidik di Malaysia. Salam 1 Malaysia...

Aku dedikasikan sajak "Segenggam Tabah" ni buat semua warga pendidik. ikhlas, nukilan dari hati...


SEGENGGAM TABAH

Oleh : Amiruddin Faizal B. Basar

Lewat mega senja

Camar berbisik berlagu rindu

Semilir bayu menyirna segunung sendu

Menongkah arus bergelora

Mengerah kudrat berempat

Menabur jasa tak kenal penat

Menjunjung amanat tak pernah dipersia.

Setiap kata adalah janji

Setiap tindak terpatri misi

Tatkala detik berganti

Kau tetap menyerlah

Langkahmu gagah bakti kau curah

Pantang berundur kesal tak pernah

Dikau pembina negara bangsa

Membangun jiwa pelbagai rupa.


Guru

Kau pembina negara bangsa

Bagai nian menyinar semesta

Bagai munajat menyirna dusta

Ilmu diserah kasih dicurah

Negaranya megah bangsanya gagah

Guru Pembina Negara Bangsa

Mengerat bangsa membina negara

Tiada jemu menabur jasa

Diammu berumbi hasrat

Langkahmu bersendi kudrat

Menyebar ilmu membangun sejagat

Karya :

Amiruddin Faizal B. Basar

860802-23-5005

SK Yong Peng, Batu Pahat

Johor.


Monday, April 19, 2010

SK YONG PENG JOHAN RAGBI RIMAU MSSD BATU PAHAT

Salam buat semua blogger...
Sibuk..memang sibuk...tapi sempat gak tulis kat blog ni...
Semalam, 19/4/2010 telah menjadi sejarah buat SK Yong Peng sebab telah dinobatkan sebagai JOHAN PERMAINAN RAGBI RIMAU MSSD BATU PAHAT 2010. Tahniah buat semua pemain SK Yong Peng yang berjaya mengharumkan nama sekolah tercinta. Tak lupa buat jurulatih dan guru pengiring, Cikgu Rahmat Sudar dan Cikgu Abd. Halim...TAHNIAH!!
SK YONG PENG TERUS MAJU!!!
"LOOKAILOO"
Wassalam.

Saturday, March 27, 2010

^^Dunia Baru...Dunia Pendidik^^

Salam buat semua blogger...
hampir 5 bulan menyepi, kini transformasi mula beraksi...

Skrg aku dah posting kat SK Yong Peng...15 minit je dr rumah...
cikgu best, murid pon best...overall, aku memang best ngajar kat sekolah ni

orait, off dl...gtg.

p/s - wish me best of luck. Wassalam =)

Friday, October 2, 2009

Obsevation dah Tamat...

Salam...buat semua blogger.
lama dah aku x tulis blog...maklumlah, sibuk practikum...
pejam celi, pejam celik...practikum aku tggal seminggu je lg...huhu
byk kenangan manis n pahit kat sekolah...ade murid bagi jajan (makanan ringan) la, bagi kueh raya la..macam2. tu la kenangan paktikum namanya...hehhe.
So, mggu depan is the final week 4 my practicum. seronok ade, sedih pon ade...sronok sebab dh abes practikum, sedih sebab nak stat kuliah balik...hahhaha....mestila sedih sbb tinggalkan murid...hehhe.aku kan guru mithali..hehhe. anyway, practikum kali ni memang yg paling pnjang n yg paling best...Observation lecture n guru pembimbing dah abes (Alhamdulillah dapat HD)..so nak fokus mengajar je last week ni...wish me best of luck!
Wassalam....